Air Musyammas

  •  Air Musyammas
air musyammas ialah air yang bertakung di dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri yang panas. Air ini suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan untuk bersuci. 




HUKUM:

Air yang suci dan menyucikan tetapi hukumnya makruh.

Air yang suci dan menyucikan tetapi hukumnya makruh ialah air musyammas. Ia adalah air yang panas disebabkan cahaya matahari dan dihukum makruh apabila memenuhi tiga syarat berikut:

i) la berlaku di negeri yang panas.
ii) Ia diletakkan di dalam bekas yang ditempa daripada selain emas dan perak seperti besi, tembaga dan semua galian yang boleh ditempa (berkarat)
iii) Ia digunakan pada badan manusia walaupun badan mayat, atau pada haiwan yang boleh menyebabkannya ditimpa penyakit sopak seperti kuda.

Imam Syafi'e r.a. meriwayatkan daripada Umar r.a.:

Bahawa beliau (Umar) tidak suka mandi dengan air tersebut dan dia berkata:

Aku tidak suka mandi dengan air tersebut disebabkan masalah kesihatan, kemudian Imam Syafi'e meriwayatkan bahawa air tersebut boleh menyebabkan penyakit sopak.

Ini kerana ketajaman cahaya matahari boleh menimbulkan keadaan berlemin (benda yang seperti minyak) busuk yang terapung di atas air. Sekiranya ia terkena pada badan dalam keadaan air tersebut panas, maka ia boleh memudaratkan badan dan menyebabkan penyakit sopak (sejenis penyakit kulit).

Air musyammas

2 comments: