- Air Mutannajis
Air mutanajis ialah air yang bercampur dengan najis. Ada beberapa ketetapan mengenai air mutanajis iaitu :- Air yang mengandungi najis kurang dari dua kolah, sekalipun air itu tidak berubah warna, bau dan rasa. Maka hukum air itu adalah mutanajis dan tidak sah untuk bersuci.
- Bila air melebihi dua kolah, tetapi air tersebut berubah warna, bau dan rasa disebabkan najis. Maka air itu dinamakan air mutanajis dan tidak sah digunakan untuk bersuci.
- Air dicampuri barang yang tidak najis, tetapi mempunyai warna, bau dan rasa pada air tersebut, maka air itu tidak sah digunakan untuk bersuci.
HUKUM :
Air yang tidak suci dan tidak menyucikan
DALIL :
Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa'ie, Ibnu Majah dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w ditanya tentang air yang terdapat di padang pasir yang luas dan didatangi oleh binatang buas dan haiwan melata.
Baginda s.a.w menjawab:
Jika air tersebut sebanyak dua kolah ia tidak menanggung kekotoran.
Menurut lafaz hadis disisi Abu Daud :
Maka air itu tidak menjadi najis.
Air mutanajjis
hai
ReplyDeletemy name is raziq azfar
ReplyDeleteSyukran.
ReplyDelete